10 Smartwatch Murah Terbaik Bawah RM500 Di Malaysia 2022

Memiliki jam fitness sudah menjadi satu keperluan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawasi tahap kesihatan diri.

Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai masalah pernafasan atau golongan yang sering bersukan.

Malangnya, kebanyakannya harga smartwatch terbaik mesti mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.

Tapi jangan risau, kami bantu anda senaraikan smartwatch murah terbaik untuk anda.

Senarai 10 Smartwatch Murah Terbaik
Smartwatch dengan oximeter

Semak Xiaomi Mi Watch harga dibawah:

add_circleBateri tahan lama

remove_circleBacaan kadar degupan jantung meragukan

* Keserasian sistem operasi: Android 5.0 & iOS 10 dan ke atas
* Paparan: 1.39-inch, AMOLED
* Bateri: 16 hari
* Penarafan IP: Kalis air (5ATM)
* Penghubungan: Bluetooth, GPS

Sebab menjadi pilihan utama:

Walaupun harganya murah tapi tetap mempunyai fungsi Bluetooth dan GPS.

Ciri-ciri:

Malah, bahagian skrin Xiaomi Mi Watch pula mempunyai paparan AMOLED (454 x 454 piksel, 326 ppi) yang bersaiz 1.39 inci.

Dengan bateri Li-Ion 420 mAh, menjadikan ketahanan bateri smartwatch terbaik ini boleh bertahan sehingga 16 hari tanpa pengecasan.

Dari segi penarafan IP, Xiaomi Mi Watch merupakan sebuah jam pintar kalis air.

Cuma boleh pergi sehingga 50 meter kedalaman dalam air. Jadi anda tidak perlu tanggalkan jam ini semasa berenang.

Untuk feature pula, Mi Watch boleh mengira kadar degupan jantung, bacaan oxygen dalam darah, ukuran stress dan juga merekod aktiviti sukan anda.

Review:

“Memang boleh dikatakan antara jam fitness terbaik untuk yang nak harga bajet. Paling penting, tahan lama,”

Smartwatch dengan bateri tahan lama

Semak Amazfit T-Rex harga dibawah:

add_circleBateri tahan lama

add_circleKualiti paparan skrin terbaik

remove_circleTali jam kekal (tidak boleh diubah)

remove_circleMungkin nampak besar untuk sesetengah pengguna

* OS: Amazfit OS
* Keserasian sistem operasi: Android & iOS
* Paparan: 1.3-inch AMOLED
* Storan dalaman: 4GB, 512MB RAM
* Bateri: 20 hari penggunaan harian
* Cara Pengecasan: Magnet
* Penarafan IP: 5 ATM
* Penghubungan: Bluetooth, GPS

Dengan saiz skrin 1.3 inci dan paparan 360×360 dan jenis skrin AMOLED sekaligus menjadikan smartwatch ini memiliki paparan yang berkualiti.

Selain itu, ketahanan bateri mampu bertahan hingga 66 hari untuk mod basic, manakala untuk penggunaan harian, mampu bertahan sehingga 20 hari.

Apa yang menariknya, anda boleh gunakan jam Amazfit T-Rex untuk jangka masa lama, kerana merupakan jam pintar fitness tahan lasak.

Mana tidaknya, jam pintar ini telah berjaya lulus 12 pensijilan gred tentera. Ini menjadikan smartwatch ini mempunyai ketahanan yang tinggi kepada persekitaran yang lasak.

Jam pintar ini dilengkapi dengan sensor pemantauan kadar jantung yang akan memantau jantung anda selama 24 jam sehari.

Malah, jam fitness terbaik ini juga akan mengeluarkan peringatan untuk berdiri bagi membina tabiat hidup sihat buat diri anda.

Smartwatch Fitness Tracker

Semak Huawei Watch Fit Smartwatch harga dibawah:

add_circleBateri tahan lama

add_circleReka bentuk menarik

add_circleFitness tracker terbaik

remove_circleTidak menyokong aplikasi pihak ketiga

* OS: Huawei wearable platform
* Paparan: 1.64-inch, AMOLED
* Storan dalaman: 4GB, eMMC
* Bateri: 10 hari
* Penarafan IP: Kalis air (5ATM)
* Penghubungan: Bluetooth 5.0, LE, GPS

Huawei Watch Fit dilengkapkan dengan paparan skrin sentuh kapasitif AMOLED bersaiz 1.64 inci (280 x 456 piksel, 326 ppi).

Sama seperti jam pintar murah lain, menyokong Bluetooth dan GPS.

Bahagian bateri, smartwatch murah terbaik ini menggunakan bateri jenis Li-Ion yang tidak boleh tanggal.

Paling penting, smartwatch ini boleh digunakan bersama platform Huawei yang lain.

Anda juga boleh pilih warna yang ada iaitu Graphite Black, Sakura Pink dan juga Green Mint.

Dari segi fitness tracker, anda boleh gunakan 12 fitness course animation yang ada dan juga 96 mod senaman. Memang cukup untuk anda yang gilakan bersukan.

Tambah lagi, Watch Fit menyokong playback muzik untuk telefon Android cuma playback muzik ini tidak boleh digunakan pada telefon iPhone.

Semak Honor Magic Watch 2 harga dibawah:

add_circleReka bentuk menarik

add_circleTracker waktu tidur

add_circlePaparan sentiasa bersedia

remove_circleTidak menyokong aplikasi pihak ketiga

* OS: Huawei wearable platform
* Keserasian sistem operasi:
* Paparan: 1.39-inch, OLED
* Storan dalaman: 4GB
* Bateri: 14 hari
* Penarafan IP: Kalis air 50m
* Penghubungan: Bluetooth 5.1, LE, EDR, GPS

Honor Magic Watch 2 mempunyai paparan skrin sentuh kapasitif OLED bersaiz 1.39 inci (454 x 454 piksel, 326 ppi) dan mempunyai fungsi Bluetooth dan GPS.

Dari segi bateri, mampu bertahan sehingga 14 hari bagi sekali cas.

Jam fitness terbaik ini dilengkapi dengan tracker 15 aktiviti berasaskan kecergasan yang merangkumi indoor cycle, berlari, mendaki, berenang, mendaki dan pelbagai lagi.

Selain itu, anda juga dapat 13 set running course yang lebih berfokus kerana mempunyai bacaan tahap intensiti dan durasi yang berbeza.

Dari segi reka bentuk, smartwatch ini kelihatan sangat sesuai dipakai oleh kaum lelaki.

Ini kerana rekaan jam yang bold dan ekslusif ini akan membuatkan penampilan seorang lelaki kelihatan sangat bergaya.

Semak Lenovo S2 Pro Smart Watch harga dibawah:

add_circlePaparan skrin besar

add_circleBoleh pantau suhu badan

add_circleBateri tahan lama

remove_circleTidak sesuai untuk berenang

* Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
* Paparan: 1.69-inch, IPS full touch
* Bateri: 7 hari penggunaan harian
* Penarafan IP: IP67
* Penghubungan: Bluetooth 5.0, GPS

Skrin Lenovo S2 Pro sebesar 1.69 inci dengan paparan 240×280 menyokong fungsi Bluetooth dan GPS

Dengan bateri kapasiti 250 mAh, smartwatch ini mampu bertahan sehingga 15 hari jika digunakan mod standby.

Manakala untuk tempoh pengecasan pula makan masa selama 2 jam sahaja.

Smartwatch terbaik ini juga mempunyai penarafan IP sebanyak IP67. Jadi anda boleh memakainya semasa memcuci tangan atau dalam cuaca hujan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sensor pemantau degupan jantung yang mampu merekod data degupan jantung selama 24 jam.

Bukan itu sahaja, dengan memakai Lenovo S2 Pro ini, anda juga boleh memantau kitaran tidur anda.

Memang seronok bila kita dapat pantau sama ada kita mendapat tidur yang cukup tau pun tidak.

Smartwatch untuk perempuan

Semak Amazfit Band 5 harga dibawah:

add_circleHarga yang murah

add_circleFeature pemantauan kesihatan yang pelbagai

* Keserasian sistem operasi: Android & iOS
* Paparan: 1.1-inch, AMOLED
* Bateri: 15 hari penggunaan biasa, 90 hari standby
* Cara Pengecasan: 2-pins POGO pin
* Penarafan IP: 5 ATM
* Penghubungan: Bluetooth 5.0 BLE

Amazfit Band 5 mempunyai paparan sebesar 1.1-inci. Memang tidak besar tapi sesuai yang sukakan konsep minimalis.

Walaupun kecil tapi jam pintar ini menyokong Bluetooth dan mempunyai kapasiti bateri 125mAh.

Jadi, dalam penggunaan harian, boleh bertahan sehingga 15 hari dan dalam mod standby mampu bertahan sehingga 90 hari.

Apa yang menarik, Amazfit Band 5 memiliki feature Menstrual Cycle Tracker khas untuk kaum perempuan.

Amazfit Band 5 boleh dikatakan jam fitness terbaik dengan feature bersenam kerana dilengkapi pemantauan degupan jantung, oksigen dalam darah dan pemantauan kitaran tidur.

Semak Windmile X8 Smartwatch harga dibawah:

add_circleSkrin bersaiz besar

add_circleBoleh tahan sehingga 7 hari

remove_circleTidak kalis air

* Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
* Paparan: 1.54-Inch
* Bateri: 3-5 hari
* Penarafan IP: Life Water-resistance
* Penghubungan: Bluetooth

Smartwatch Windmile X8 mungkin merupakan jam pintar paling murah yang ada di pasaran.

Dengan reka bentuk moden, ringan, simple dan menggunakan material aloi memang sesuai untuk kegunaan harian.

Saiz skrin 1.54 inci HD pula menjadikan anda rasa selesa dipakai walaupun material digunakan aloi.

Jangan risau, saiz bateri cukup besar dimana boleh bertahan sehingga 7 hari dalam mod standby.

Tambah lagi, smartwatch ini mempunyai sistem pengecasan USB untuk pengecasan pantas.

Dengan harga yang sangat murah, anda akan dapat sebuah smartwatch terbaik yang boleh digunakan untuk bersukan, menjawab panggilan telefon dan mengawal muzik yang anda sedang dengar.

Semak PHL Watch Music Pro Smartwatch harga dibawah:

add_circleSkrin sentuh kalis air

add_circleStoran muzik sebanyak 8GB

remove_circleDesign kurang sesuai untuk perempuan

* Keserasian sistem operasi: OS Android 5.1 / iOS 9.0 dan ke atas
* Paparan: 1.28-inch HD
* Storan dalaman: UI FLASH 128MB, storan muzik 8GB
* Bateri: 3-5 hari
* Penarafan IP: IP67
* Penghubungan: Bluetooth

PHL Watch Music Pro mempunyai saiz skrin bersaiz 1.28 inci HD dimana anda akan dapat paparan jam tangan yang sangat jelas.

Khas buat pencinta muzik, jam pintar ini dibina untuk anda yang gemar mendengar lagu semasa bersukan.

Mempunyai storan muzik sebanyak 8GB jadi anda hanya perlu memuat turun lagu, kemudian pindahkan ke Smartwatch untuk mendengar lagu.

Malah, jam tangan pintar ini juga mempunyai penarafan kalis air pada tahap IP67. Maksudnya, anda boleh gunakan untuk aktiviti berenang.

Antara fungsi lain pada smartwatch terbaik ini ialah monitor denyutan jantung, monitor oksigen dalam darah, monitor tekanan darah, dan mod sukan pintar. Paling penting, jam tangan pintar ini mempunyai jaminan sehingga satu tahun.

Smartwatch dengan blood pressure

Semak Realme Watch 2 harga dibawah:

add_circlePaparan skrin cantik

add_circleTerbaik untuk fitness

remove_circleKurang sesuai untuk bersukan

* OS: Proprietary OS
* Keserasian sistem operasi: Android
* Paparan: 1.4-inch, IPS LCD
* Bateri: 14 hari
* Penarafan IP: IP68
* Penghubungan: Bluetooth 5.0, A2DP, LE

Peminat telefon pintar Realme boleh padankan telefon anda dengan jam tangan pintar ini!

Ia lengkap dengan fungsi kesihatan 90 jenis sukan dimana secara tepat dapat mengira kalori, jarak langkah, kadar degupan jantung dan banyak lagi.

Malah resolusi 323ppi pada skrin saiz 1.4 inci tidak akan menganggu pandangan kerana kualiti cahaya sehingga 600 nits.

Si pemakai juga tidak perlu risau tentang jangka hayat bateri, smartwatch Realme 2 mampu bertahan sehingga dua minggu dengan pengecasan tanpa wayar.

Apa jua fungsi dari telefon pintar boleh dikawal melalui jam ini samada aturan muzik, kawalan kamera, carian telefon dan peringatan hidrasi.

Semak Haylou Solar LS05 SmartWatch harga dibawah:

add_circleBateri tahan lama

remove_circleTidak boleh pantau tekanan darah

Model jam tangan pintar Haylou Solar LS05 cukup berbaloi dengan harga bawah dari RM100.

Ia sama berfungsi seperti smartwatch yang lain iaitu lengkap dengan mod kesihatan, sambungan pada peranti dan boleh dipakai seharian dengan kelebihan kalis air IP68.

Jangan terkejut, jenama ini mempunyai aplikasi sendiri Haylou Fit yang boleh dimuaturun melalui Google Play Store dan App Store. Dimana pengguna dapat memantau pencapaian senaman dan kesihatan dengan tepat.

Jika yang baru nak berjinak mencuba jam tangan pintar, kami cadangkan Haylou Solar LS05!

Tips Pilih Smartwatch Terbaik
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum membeli smartwatch.

Bukan apa, kalau tersalah beli memang rugi sebab peranti sebegini memerlukan sambungan yang tepat.

Pertama sekali, kenal jenama dan tetapan yang tersedia dalam jam tangan pintar pilihan anda, adakah ia bersesuaian dengan peranti Android atau iOS?

Selain itu, pilihan fungsi juga main peranan kerana jika anda ingin memantau kesihatan, kawalan tidur dan data senaman.

Sebaiknya pilih smartwatch yang memiliki aturan yang dikhususkan untuk fungsi ini supaya pembelian tidak membazir.

Akhirnya sekali peranan kalis air turut penting. Lebih lagi jika anda kerap melakukan aktiviti sukan air atau sering berpeluh.

Apa pun jom tonton video di bawak untuk mengetahui smartwatch atau fitness tracker yang lebih bagus?

Kelebihan Jam Tangan Pintar
Seperti alat peranti lain, industri jam tangan tidak lepaskan peluang untuk membuat transformasi dengan pelbagai kelebihan.

Lihatlah, kini sudah ada jam pintar dan fitness tracker untuk kita guna dalam kehidupan seharian. Misalnya….

1. Berfungsi seperti telefon pintar dimana boleh menerima dan menjawab panggilan masuk;
2. Membuat panggilan keluar;
3. Menerima dan menghantar Whatsapp;
4. Dapat memantau tahap kesihatan si pemakai;
5. Dapat membaca pergerakan tubuh;
6. Dapat membantu membaca degupan jantung, kualiti tidur, suhu badan, tahap oksigen individu;
7. Mempunyai sistem Bluetooth untuk disambungkan dengan telefon pintar;

Dan banyak lagi, mungkin lima tahun akan datang setiap daripada kita wajib ada smartwatch untuk melakukan aktiviti harian.

Tapi, betul ke smartwatch boleh memantui tahap kesihatan kita?

Jom tonton penjelasan dalam video di bawah.

Artikel Berkaitan