Lebih Berbaloi Dan Puas Hati Ini 5 Pilihan Terbaik Modem WIFI Modified Unlimited

5 Pilihan Terbaik Modem WIFI Modified Unlimited Untuk Capaian Internet Laju.

Sekarang ini, internet bagaikan salah satu perkara wajib ada untuk kehidupan seharian kita yang mana daripada suatu kehendak menjadi satu keperluan.

Dalam rutin harian kita, telefon pintarlah yang menjadi penghubung untuk kita berhubung dengan kenalan, urusan bekerja dan lain-lain dan urusan itu semua amat memerlukan penggunaan internet.

Lebih-lebih lagi hidup ddalam era pandemik ini, sememangnya keperluan internet itu perlu ada dalam setiap isi rumah untuk pembelajaran anak-anak dan ibu bapa untuk bekerja.

Namun, sekadar ada keperluan internet sahaja tidak cukup. Penggunaan internet sekarang ini kalau boleh yang mempunyai plan unlimited sama ada di telefon atau unlimited hotspot kerana jika menggunakan internet yang ada kuota, kita perlu top up semula.

Kepayahan menggunakan plan internet yang mempunyai kuota ini apabila ada masanya capaian internet menjadi perlahan. Jadi, pilihan terbaik adalah menggunakan plan internet unlimited.

Menurut seorang pengguna Facebook, Fizie Joe menyatakan dia lebih memilih menggunakan plan internet limited berbanding melanggan unifi kerana ia lebih jimat.

Hanya menggunakan satu sim kad prepaid yang ada langganan unlimited internet untuk sebulan, seisi rumah boleh menggunakan capaian internet tanpa ada masalah dengan adanya modem WIFI modified unlimited.

Apa yang bagusnya modem WIFI modified unlimited?

Kata Fizie Joe, berbanding melanggan unlimited internet di telefon yang mana hotspot pula ada data terhad, menggunakan modem WIFI modified unlimited adalah pilihan terbaik.

> “Bila sim kad tu masuk dalam modem WIFI modified unlimited ni automatik boleh kongsi internet. Lagi satu, modem WIFI ni boleh support maximum 30 device,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, kelebihan menggunakan modem WIFI modified unlimited ini boleh dihubung pada android box TV dan capaian internetnya masih stabil berbanding menggunakan portable WIFI.

BACA: 5 Android TV Box Berbaloi Dengan Harga Mampu Milik

Hampir semua telco kini menawarkan plan unlimited data.

* Hotlink unlimited RM35/3mbps & RM45/6mbps
* CELCOM unlimited RM35/3mbps
* Digi unlimited RM35/3mbps, daily unlimited RM1
* Umobile RM30, RM38, RM68, RM99, RM139
* Yes konfem 4G unlimited
* Celcom mega unlimited
* Webe/unifi band
* Tunetalk unlimited RM48/6mbps
* Halo telco unlimited RM48/6mbps
* Yoodo RM35/3mbps & RM43/6mbps

Hanya perlu keluarkan modal sekali sahaja untuk membeli modem WIFI kemudian langgan telco pakej data unlimited setiap bulan (pastikan telco yang mempunyai coverage kuat di kawasan anda).

Misalnya, anda guna sim kad CELCOM yang mempunyai langganan internet unlimited RM35/3mps, jadi hanya bayar RM35 sahaja setiap bulan.

Berikut merupakan senarai modem WIFI modified unlimited yang menjadi pilihan ramai: