3 Cara Untuk Tentukan Support Dan Resistance

Dalam pelaburan saham , terdapat banyak cara atau teknik yang boleh digunakan pelabur untuk membuat kajian terutamanya dalam kajian analisa teknikal.

Kepada pengamal kajian teknikal, pasti anda semua sedia maklum tentang cara kajian berdasarkan corak yang terbentuk pada carta. Artikel kali ini, kami akan menerangkan tentang corak kesinambungan tiga segi atau lebih dikenali sebagai Triangle Pattern.

Kenali Triangle Pattern Pada Carta
Triangle pattern merupakan salah satu corak kesinambungan atau continuous pattern yang akan menentukan sama ada pergerakan harga saham itu akan meneruskan kenaikan sebelumnya atau sebaliknya. Untuk triangle pattern ini ada dua jenis yang berbeza. Jenis-jenisnya adalah seperti berikut:-

* Ascending Triangles
* Descending Triangles
* Symmetrical Triangles

Tetapi artikel kali ini akan fokus kepada Symmetrical Triangles sahaja dan untuk Ascending dan Descending Triangles akan diterangkan pada artikel kami seterusnya nanti.

Mari kita faham tentang Symmetrical Triangles agar dapat membantu kita dalam membuat keuntungan dalam pelaburan saham.

Apa Itu Symmetrical Triangles?
Symmetrical triangles merupakan corak kesinambungan yang tiada arah tuju yang jelas kerana dilihat seakan-akan permintaan dan penawaran adalah sama banyak.

Namun jika namanya pun adalah corak kesinambungan, biasanya selepas daripada corak symmetrical triangles ini terbentuk, harga saham akan meneruskan arah tuju sama seperti sebelumnya.

Corak symmetrical triangles ini terbentuk apabila harga saham yang bergerak dalam bentuk zig-zag dilihat semakin menguncup ketika fasa accumulate. Apabila dilukis downtrendline dan uptrendline pada carta, ianya akan membentuk seolah-olah seperti segitiga sama sisi.

Mari kita lihat contoh bagaimana symmetrical triangles ini terbentuk dan apa yang terjadi selepas harga saham tersebut berjaya memecahkan corak segitiga tersebut.

Saham A yang sedang berada di fasa kenaikan, harganya mula accumulated bermula bulan Mei sehingga pertengahan bulan Julai. Ketika harga saham ini accumulates, pergerakkan harga saham ini dilihat semakin menguncup.

Apabila up trendline dan downtrend line dilukis, ianya membentuk seolah-oleh segitiga sama sisi seperti lukisan pada carta diatas.

Oleh kerana sebelum corak ini terbentuk ianya sedang berada di fasa kenaikan, apabila harga saham ini membuat breakout daripada trendline diatas, harga saham A ini meneruskan kenaikan harganya dan menyempurnakan sifat continuation pattern.

Sama juga dengan apa yang terjadi dengan saham B ini, ketika saham ini sedang hendak membuat fasa kenaikan, harga saham ini accumulated dan kelihatan semakin menguncup.

Lukisan uptrendline dan downtrendline pada carta membentuk segitiga sama sisi dan setelah harga saham tersebut terkeluar daripada corak segitiga ke atas, harga saham B ini meneruskan kenaikan harganya pada hari-hari berikutnya.

Perkara yang sama terjadi pada saham C di atas, harga saham yang sedang berada di fasa kenaikan membuat accumulation dan pergerkaan zig-zag saham tersebut dilihat semakin menguncup.

Apabila harga saham ini memecahkan trendline yang dilukis ke atas, harga saham ini meneruskan kenaikan harga pada hari-hari berikutnya dan menyempurnakan sifat continuation pattern symmetrical triangles.

Tetapi awas, sifat symmetrical triangle ini mempunyai potensi untuk bertindak sebagai reversal pattern atas sebab coraknya terbentuk tanpa mempunyai arah tuju yang jelas.

Jika harga saham gagal untuk memecahkan downtrend line yang bertindak sebagai resistance dan sebaliknya mematahkan uptrendline yang bertindak sebagai support, besar kemungkinan harga saham tersebut akan menukar arah pasaran untuk hari-hari berikutnya.

Ketahui lebih banyak jenis continuation pattern pada artikel kami sebelum ini.

Baca: 3 Corak Kesinambungan (Continuation Pattern) Yang Perlu Kita Tahu

Ikuti kami untuk terus menambah ilmu pengetahuan pelaburan saham anda!

Bila Timing Cantik Nak Beli Saham? Ketahui ‘Sweet Entry’ Sebelum Tekan Butang Beli
E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yangTEPATdi masa yangBETUL.

Barulah boleh maksimakanKEUNTUNGAN, minimakanKERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
2. Cari Fasa Paling Selamat
3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
4. Dan banyak lagi !

Nak tahu cara beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarangE-Book Sweet Entry.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu duluasasnya?

Tak sempat nak belajar secaraface-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham diShopee