Anwar Cakap Tak Serupa Bikin Ejen Israel MB Baling
1. Abdul Hadi terus persoal pelantikan Anwar, dakwa PH ‘cakap tak serupa bikin’ KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi terus mempersoalkan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa ‘tidak cukup syarat’ untuk menerajui kepimpinan negara. Beliau turut hairan bagaimana individu yang pernah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kini memegang jawatan terpenting dalam urus tadbir negara. “Kita tak tahu yang jadi ketua kerajaan minoriti ini cukup syarat ke tidak, Wallahualam. Dia telah dihukum oleh mahkamah kerana kesalahannya dan meminta pengampunan. Kalau tak bersalah kenapa minta pengampunan? Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang disiarkan di Facebook Abdul Hadi malam tadi. Hadir sama, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, perkara itu mesti ditentang kerana disifatkan satu penipuan terhadap rakyat. Malah, katanya, rakyat sepatutnya cakna mengenai pelantikan Perdana Menteri dari parti Pakatan Harapan itu yang disifatkan satu kemungkaran besar. “Dalam ucapan, beliau (Anwar) kata nak menentang rasuah, salah guna kuasa, nak tentang itu ini termasuk perompak harta negara. “Ini satu penipuan terhadap rakyat, rakyat mesti balas penipuan ini, jangan biarkan. Ini satu kemungkaran yang besar, kita mesti lawan,” katanya. Beliau turut menggesa penduduk di Tioman dan Padang Serai supaya ‘mengajar’ parti dan pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai penipuan itu dalam undian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Saya harap penduduk Tioman dapat mengajar rakyat Malaysia seluruhnya dengan terus memilih calon Perikatan Nasional, termasuk yang di Padang Serai. “Tolak parti yang kata semua boleh, langgar lampu merah pun boleh, (jika begini) jahanamlah kita,” katanya. Dalam ucapannya, beliau turut menegaskan PAS menolak pelawaan menyertai Kerajaan Perpaduan disebabkan gabungan berkenaan tidak didominasi pemimpin Islam. Memperkukuhkan lagi keputusan dibuat PAS bersama gabungannya menerusi Perikatan Nasional (PN), Timbalan Pengerusi PN itu juga menggelar kerajaan sekarang sebagai kerajaan minoriti yang didakwa ‘cakap tidak serupa bikin’. “Islam melihat dominasi umat Islam yang memimpin. Orang Melayu Islam (sebanyak) 80 peratus atau lebih memilih PN, bersama kaum lain. “Bukan Melayu saja termasuk ada India, Cina dan bukan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. “(Sokongan ini) mencukupkan jumlah majoriti untuk memilih (PN) sebagai kerajaan yang sah mengikut Islam,” katanya. Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, hakikatnya Kerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia kini dikuasai parti DAP yang meraih jumlah kerusi terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini. “Yang dominasi sekarang adalah DAP, (parti) bukan Islam. Dalam PKR, sebahagiannya sahaja Islam daripada 30 kerusi dimenangi mereka, sebahagian lagi bukan Islam. DAP pula meraih 40 kerusi. “Dengan jumlah minoriti ini tertubuhnya kerajaan minoriti, malah perkara ini turut menimbulkan kekecohan, protes dalam UMNO, ini menandakan ia perkara tak sihat (sedang berlaku),” katanya yang tidak menafikan menyayangi persahabatan dengan UMNO dan sedar tidak semua pemimpin dalam parti itu menyokong kerajaan ‘minoriti’ yang dibentuk itu. Bahkan, Abdul Hadi turut memberitahu PN tidak menerima kerajaan dipimpin PH itu disebabkan ia disokong oleh ‘individu dan kumpulan’ yang berpegang kepada perkara yang tidak selari dengan prinsip perjuangan gabungan mereka. “Kerajaan minoriti ini disokong oleh pemberi rasuah dan penerima rasuah. (Dulu) bukan main kata menentang rasuah, tetapi bila nak tubuh kerajaan sanggup bergabung untuk cukupkan jumlah (sokongan). “Macam mana kami nak terima, kita ada maruah. Perintah Allah SWT mengatasi perintah yang ada di dunia ini,” katanya. 2. Dakwa Anwar ejen Israel – Bukit Aman siasat Hadi Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan disiasat atas tuduhan memfitnah dan mengganggu kententeraman awam dengan kenyataannya yang mendakawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel. Bukit Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung tuduhan tersebut. “Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. “Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin. Anwar, semalammengarahkan polis mengambil tindakanterhadap pihak yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara. Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang mendedahkan perkara itu dibincangkan semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Katanya, dia menzahirkan bahawa dirinya tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan kepada mereka yang memberi kritikan sama ada terhadap ‘capal’, selipar dan sebagainya. “Tetapi kita menetapkan batas kepada elemen-elemen seperti fitnah tuduhan ejen Israel dan beliau telah meminta pihak polis mengambil tindakan,” kata Fahmi. Menurutnya, kenyataan-kenyataan yang membawa fitnah perkauman yang melampau ini perlu berhenti sekarang. Beberapa insiden sepanjang tempoh kempen PRU15 dan juga selepas itu telah menimbulkan sentimen perkauman dan agama. Ia khususnya membabitkan tentangan daripada beberapa parti Melayu-Islam terhadap PH yang menjadi parti gabungan berbilang kaum. 3. Anwar hantar notis tuntutan desak MP Baling mohon maaf Anwar Ibrahim memberi tempoh tiga hari kepada Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung hantaran audio di Twitter yang mendakwa kononnya perdana menteri mempunyai hubungan dengan Israel. Menerusi notis tuntutan yang dikeluarkan hari ini oleh firma guaman SN Nair and Partners kepada ahli parlimen Perikatan Nasional itu, Anwar juga memohon penarikan balik dakwaan hantaran berunsur fitnah bertarikh dua hari lalu. Menurut salinan surat itu yang dilihat olehMalaysiakini, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa dia difitnah dalam audio yang dimuat naik oleh pemegang akaun Twitter bernama ‘Mohd Ropi Mat Sin’. Anwar yang juga adalah presiden PKR berkata audio itu turut dipetik oleh pengguna akaun Twitter bernama ‘Pemikir Malaysia’ yang mendapat tontonan melebihi 431,500 kali, reaksi ‘like’ melebihi 4,800 kali perkongsian melebihi 3,300 kali dan petikan tweet melebihi 1,400 kali setakat ini. Anwar mendakwa hantaran itu bukan sahaja memfitnahnya tetapi juga mencemarkan dan mengejek titah Yang di-Pertuan Agong yang telah memperkenankan pelantikannya sebagai perdana menteri. Ia juga katanya, telah memperkecil-kecilkan kuasa Seri Paduka dan mencabar titah Baginda. Bagaimanapun, Anwar berkata sekiranya Hassan menafikan sebarang kaitan dengan hantaran itu, maka ahli Parlimen Perikatan Nasional dari PAS itu mempunyai tiga hari untuk memberikan pengesahan am dan bertulis untuk menafikan penglibatannya. Ahli Parlimen Tambun itu berkata sekiranya dia tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga hari bermula hari ini, maka pasukan peguamnya akan menganggapnya sebagai pengesahan pengakuan dan tindakan undang-undang akan dimulakan. Selain permohonan maaf tanpa syarat dan penarikan balik hantaran itu, Anwar memohon janji bertulis agar Hassan tidak mengulangi dakwaan itu lagi. Perdana Menteri juga menuntut ganti rugi pampasan yang substantif atas kecederaan teruk ke atas reputasinya dan kos guaman. Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam bela Anwar SN Nair mengesahkan notis tuntutan itu telah diposkan hari ini kepada Hassan. Bagaimanapun ketika bercakap kepadaNew Straits Timesmalam tadi, ahli Parlimen PAS itumenafikan sebarang penglibatan dalam rakaman audio video tularberkenaan yang memaparkan seorang wanita mendakwa terdapat pengaruh Israel dalam pelantikan Anwar sebagai perdana menteri. Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan Hassan mendakwa dia tidak tahu siapa di sebalik audio itu, sambil menambah bahawa dia akan memutuskan kemudian sama ada akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. Komen Weblog Ibnu Hasyim: Anwar, ‘cakap tak serupa bikin’. Ejen Israel. & MB Baling. Itulah Anwar sebenarnya.. PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI