Apa Itu PIVOT POINT Dalam Forex Trading

Back to: Belajar Forex Trading(Forex Simple Course)

Pivot Point adalah teknikal analysis yang menunjukkan di mana area support and resistance.

Pivot point sama seperti fibbonachi, ia ada kiraan berdasarkan high, low dan close sesi trading hari sebelumnya untuk mendapat level pivot point.

Jika anda lihat pivot point berikan kita 3 level resistance dan 3 level support, jadi apa perbezaan setiap level?

Seperti apa yang sudah kita belajar sebelum ini tentang support and resistance atau SnR, pivot point sama sahaja konsep seperti SnR.

Resistance
Resistance adalah seperti “siling” ia adalah level yang akan menghalang harga bergerak naik lebih tinggi dan market mula berubah arah kerana seller lebih banyak berbanding buyer.

Perbezaan level R1, R2, & R3 adalah susunan kekuatan level resistance tersebut.

R1 –> Kuat

R2 –> Lebih Kuat

R3 –> Paling Kuat

Support
Support pulak seperti “lantai” kerana support adalah level dimana akan menghalang harga turun melebihi dari paras harga tersebut kerana seller jadi semakin lemah dan buyer menjadi semakin kuat.

Biasanya market akan berubah arah disebabkan support adalah level harga dimana buyer akan anggap sebagai discount untuk buyer mula membeli mata wang tersebut.

Perbezaan level S1, S2, & S3 adalah susunan kekuatan level support.

S1 –> Kuat

S2 –> Lebih Kuat

S3 –> Paling Kuat

Pivot
Level pivot terletak di tengah-tengah antara level resistance dan support.

Level pivot adalah level yang paling kuat, Sekiranya harga berada di bawah pivot itu bermaksud seller lagi kuat berbanding buyer.

Jika harga berada di atas level pivot itu bermaksud buyer lagi kuat.

Semestinya situasi macam ini tidak selalu berlaku, kadang-kadang market boleh bertahan atas atau bawah level pivot tetapi market masih bergerak ke arah yang bertentanggan.

Level pivot juga boleh digunakan sebagai support dan resistance.

Contoh jika price berada di atas level pivot ianya adalah support, kalau price berada dibawah level pivot ianya adalah resistance.

Anda akan belajar lagi tentang pivot point trading strategy di bahagian seterusnya.