Apa Itu Trend Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Seseorang pelabur harus tahu apa itu trend dalam saham. Dengan mengetahui keadaan sesuatu trend, ia akan memberikan garis panduan kepada pelabur untuk fokus dalam mencari harga terbaik untuk membeli sesebuah kaunter atau menjualnya. Oleh itu, artikel kali ini akan membahaskan tentang trend dalam pelaburan saham.

Maksud Trend Saham

Trend bermaksud pergerakan keseluruhan harga bagi sesuatu sekuriti atau saham. Didalam chart anda boleh lihat pembentukan trend terdiri daripada pembentukan Higher High dan Higher Low ataupun Lower Low dan Lower High

Jenis-Jenis Trend Dalam Pelaburan Saham

Secara amnya, terdapat tiga jenis trend saham yang harus anda ketahui iaitu :

1. Uptrend : Satu pergerakan harga yang sentiasa menaik. Pelabur akan cuba untuk mencari peluang Buy ketika ini.
2. Downtrend : Satu pergerakan harga yang sentiasa menurun. Pelabur cuba untuk Sell ketika ini.
3. Sideway / Ranging : Satu pergerakan harga yang sering naik dan turun dalam satu jarak yang tertentu.

Sumber : GoogleSumber : GoogleAda juga yang memanggil Sideway sebagai Accumulation / Distribution phase. Istilah ini banyak digunakan oleh mereka yang mempelajari Volume Spread Analysis.

Komponen Trend Dalam Carta

Sesebuah trend terbentuk berdasarkan pembentukan komponen-komponen berikut :

1. Uptrend : Swing High sentiasa dicipta dan lebih tinggi daripada Swing High sebelumnya dan Swing Low tidak mampu untuk break swing high sebelumnya.
2. Downtrend : Swing Low sentiasa dicipta dan lebih rendah daripada Swing Low sebelumnya dan Swing High tidak mampu untuk break swing low sebelumnya.

Sekiranya tiada Swing High dan Swing Low terbaru terjadi, maka price akan bergerak dalam keadaan ranging, ataupun dipanggil juga sebagai Sideway.

Cara Lukis Trendline Dalam Saham

Anda boleh pilih sama ada untuk melukis trendline (dipanggil sebagai manual trendline) ataupun anda menggunakan indikator seperti Moving Average (dipanggil sebagai dynamic trendline). Untuk melukis trendline dengan betul, anda haruslah menggabungkan sekurang-kurangnya dua swing High atau Swing Low untuk membentuk satu garisan lurus. Dengan garisan itulah, akan menentukan keadaan sama ada kaunter tersebut sedang Uptrend atau Downtrend ataupun Sideway.

Semakin banyak harga yang memantul dikawasan garisan yang anda lukis, maka semakin kuatlah sesebuah trendline itu. Namun, untuk melukis trendline dalam saham ini agak sukar dan memerlukan latihan yang berulang kali sehingga anda mahir. Saya sarankan untuk anda menggunakan sahaja Indikator untuk mengenalpasti trend semasa sesebuah kaunter kerana pengiraan yang digunakan untuk membentuk indikator tersebut adalah konsisten dan boleh mengelakkan masalah ralat paralaks.

Antara indikator yang boleh membaca trend adalah seperti berikut :

1. Moving Average
2. Bollinger Band
3. Parabolic Sar
4. Average Directional Movement Index

Kesimpulan

Mengenalpasti trend sebelum melakukan trading adalah satu perkara yang wajib pelabur lakukan. Malah istilah “trade with the trend” ataupun “trend is your friend” ada betulnya. Sebagai pelabur baru, anda dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan buy call sewaktu downtrend walaupun ramai pelabur otai yang membeli kaunter ketika downtrend kerana ingin mendapatkan harga serendah mungkin. Diharap anda dapat memahami apa itu trend dalam saham.

Artikel lain : Belajar Chart Pattern Saham