Setia Menanti SM 8

JARI mengetuk-ngetuk meja dengan perasaan yang bercampur baur. Sesekali mata mengerli skrin iPhone yang gelap gelita. Dahi berkerut memikirkan sesuatu. Hujung bibir digigit bagi menghilangkan rasa sedikit kegusaran. Entah kenapa sejak dua tiga hari ini dia rasa tidak tenang.

Edy keluar dari ruangan dapur. Waiz dipandang aneh. Sejak dari petang tadi, pulang dari kerja Waiz kerap termenung saja. Kurang bercakap dengannya dan iPhone sering saja berada di tangan. Entah apa yang penting sangat dengan iPhone itu pun tidak tahu. iPhone itu bagaikan sudah melekap di tangan Waiz. Ke mana Waiz pergi tentu iPhone itu tidak ditinggalkan.

Ruang sofa yang kosong disebelah Waiz didudukinya. Mata menghadap kaca TV yang menayangkan satu telefilem. TV saja yang terpasang dari tadi, namun Edy tahu tumpuan Waiz entah ke mana.

“Kau okay?” Prihatin dia menyoal rakannya itu.

Waiz berpaling. Riak wajah dikawal sebaik mungkin dari nampak keresahan. Dia berdehem kecil.

“Okay.” Sekadar membalas.

Edy menggelengkan kepala. Dia tahu Waiz berbohong. Bukan jawapan itu yang dia mahukan.

“Ada something yang kau nak share dengan aku ke? Kau nampak macam gelisah dari tadi.”

Lebih baik bertanya terus daripada buat-buat tanya. Mahu Waiz membuka mulut bercerita jika dia tidak mengasak dengan pelbagai soalan? Jawapannya tidak.

Keluhan yang keluar dari bibir Waiz menyakinkan Edy bahawa rakannya itu mempunyai masalah. Tetapi sengaja tidak mahu berkongsi dengannya.

“Kau ada masalah ke? Aku perasan kau dengan phone tu tak pernah berenggang dari tempat kerja lagi. Kenapa? Ada masalah family ke?”

Bukan mahu menyibuk. Tetapi sekadar mahu bertanya dan mengambil berat. Jika dengan bercerita mungkin dapat mengurangkan bebenan Waiz sedikit.

Waiz menompang kepala dengan siku yang ditahan ditangan sofa.

“Aku pun tak tahu kenapa dengan aku.”

Edy mengerutkan dahi memandang Waiz. Jawapan seperti itu pun ada ke? Tiba-tiba, dia meloretkan senyuman mengusik.

“Kau dengan phone tak berenggang? Actually dah lama aku perasan yang kau dengan phone dah lama betul tak boleh berenggang. Even time kau tengah buat kerja pun kau sanggup curi masa tengok phone tu. Tapi yang lagi pelik, hari ni kau macam gelisah. Duduk kejap tengok phone. Sekali aku tengok macam orang tengah hilang bini gayanya.”

Waiz mula gelabah. Tidak senang duduk dia diatas sofa itu. Tekaan Edy itu hampir mengena batang hidungnya. Sebenarnya, dari pagi tadi dia menunggu Whatsapp dari Warda. Biasanya, selang dua hari pasti gadis itu aku mula Whatsapp dia semula.

Dua hari lepas, dia tidak kesah bila Warda online tetapi sepatah pun tidak menghantar chat padanya kerana dia tahu tentu saja selepas ini tentu gadis itu akan Whatsapp dia semula. Tetapi, pagi tadi masih lagi belum ada apa-apa. Kebiasaannya Warda akan menitipkan pesanan selamat pagi atau sebagainya kepada dia.

Dia tidak tahu kenapa dia perlu resah gelisah seperti ini menanti pesanan dari Warda. Padahal sebelum ini dia yang berasa rimas dan tidak selesa bila gadis itu sering saja menghantar pesanan buatnya biarpun dia tidak layan dan buat tidak tahu.

Edy tersenyum kemenangan melihat Waiz yang terdiam membisu. Dia tahu, Waiz dan Warda sering kali membalas Whatsapp. Itu pun kerana dia pernah ternampak skrin iPhone Waiz yang menyala secara tiba-tiba. Dia tidak sengaja. Tidak menyangka akhirnya Waiz menyimpan nombor telefon milik gadis itu. Ingatkan hati beku sangat.