Support Dan Resistance Sumber Pendidikan

Sumber Pendidikan > saham > Support dan ResistanceAntara kemahiran penting dalam pelaburan saham ini adalah mencari dan melukis garisan support dan resistance. Kalau dalam Bahasa Melayu adalah sokongan dan resistance. Dalam post ini akan diceritakan cara mudah untuk mencari support dan resistance. Kebiasaannya, support dan resistance boleh dilukis pada chart atau merujuk pada market depth semasa hari transaksi.

Perlu diingat dalam keadaan uptrend iaitu saham dalam keadaan menaik, resistance boleh bertukar menjadi support dan juga sebaliknya. Dalam keadaan downtrend, support boleh menjadi resistance. Keadaan memecahkan resistance dan support ini dipanggil breakout.

Cara melukis support dan resistance

Cara untuk melukis support dan resistance agak mudah pada graf. Pada gambar di bawah, setiap kali harga menyentuh paras bawah dan sama seperti sebelum ini adalah support. Resistance pula dengan mencari puncak bukit/gelombang dan ketinggiannya sama seperti sebelum ini.

Boleh gunakan /v2/

Kemudian tulis apa-apa nama syarikat atau kaunter dan klik pada interactive charting. Di sebelah sisi sebelah kiri klik pada horizontal line. Boleh rujuk di bawah

Rajah di atas merupakan screenshot daripada klsescreener dan tools di sebelah kiri untuk kita lukis dan menconteng graf.

Apa itu support?

Support adalah harga terkuat ataupun senang cerita kebiasannya adalah harga lantai yang boleh kita beli (entry price). Apabila sesuatu saham meningkat, harganya akan turun sama ada mencapai support atau melebihi support (pecah support). Kalau dah pecah support ini kebiasaanya orang akan cut loss sebab harga ia akan menjunam turun. Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

Support ini berlaku juga adalah disebabkan ramai pembeli beranggapan bahawa harga tersebut adalah munasabah untuk membeli saham tersebut. Jadi ramai pelabur akan que buy (beratur beli) pada harga tersebut

Contoh melukis support

Berdasarkan rajah di atas, harga 0.26 sen merupakan support kerana dalam keadaan sideways, saham tersebut telah menyentuh harga tersebut beberapa kali sebelum meneruskan kenaikan.

Mengenalpasti support pada market depth
Pada hari transaksi juga, kita boleh mengenalpasti support melalui market depth iaitu bilangan akaun dan jumlah lot que buy.

Pada rajah di atas, pada harga 0.015 sen, terdapat sebanyak 882 akaun pelabur dengan 2.662 juta lot unit saham sedang melakukan que buy iaitu beratur untuk membeli saham tersebut. Selepas semua transaksi ini selesai pada harga 0.015 sen, baru lah harga tersebut akan turun kepada 0.010 sen. Contoh kedua

Pada rajah di atas, terdapat 78 akaun pelabur dengan lot saham sedang beratur qbuy untuk membeli saham tersebut pada harga 0.06 sen. Dalam rajah di atas, pada harga 0.06 sen mempunyai penawaran yang paling banyak. Jadi, ini menunjukkan ketika itu, harga 0.06 sen ini merupakan harga support yang kuat.

Mahupun begitu, perlu diingatkan bahawa kadang-kala mereka yang qbuy ini kadang-kadang sengaja parking untuk menampakkan bahawa banyak penawaran pada harga tersebut. Bila-bila masa sahaja order untuk harga ini boleh dicancel atau dimodify oleh pelabur.

Apa itu resistance?
Resistance pula adalah rintangan. Sesuatu saham apabila meningkat naik, pastinya akan mempunyai rintangan tersendiri. Rintangan ini terjadi kebiasaanya disebabkan oleh amalan ramai orang mengambil untung/profit pada target price tertentu. Maknanya ramai orang menjual pada harga tersebut.

Melukis resistance

Pada rajah di atas, harga 0.32 sen merupakan harga resistance iaitu rintangan. Saham ini telah menyentuh harga ini sebanyak 3 kali sebelum breakout dan meneruska kenaikan kepada harga yang lebih tinggi.

Contoh resistance pada market depth

Rajah di atas menunjukkan market depth. Pada best sell, boleh diperhatikkan terdapat 52 akaun pelabur dengan lot saham sedia dijual dengan harga 0.165. Jumlah ni sangat banyak jika dibandingkan dengan harga besst buy 0.160 sen. Jadi, harga untuk naik kepada 0.170 agak sukar kerana ramai pemilik saham sedia untuk menjual untuk mengambil untung pada harga tersebut. Harga untuk turun kepada 0.155 sen pula mudah kerana sedikit sahaja pelabur dan unit saham yang ditawarkan untuk dibeli pada harga 0.16 sen.

Berdasarkan market depth dan carta, support dan resistance lebih tepat dicari pada carta berbanding market depth. Market depth skadar panduan untuk kita membuat belian pada hari transaksi. Apabila kita menjumpai support, boleh jadi 3 hingga beberapa minggu untuk saham tersebut turun kepada harga support. Jadi jangan tergesa-gesa. Setiap yang naik akan turun.

Jom like dan follow telegram dan fb di bawah
Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan telegram di bawah

Telegram – /ilmusahamkriptofree

About The Author
admin