Support Resistance Dalam Saham

Support dan Resistance (S&R) merupakan terma yang selalu digunapakai dalam pelaburan dan trading. Support dalam Bahasa Melayu juga dikenali sebagai lantai atau sokongan manakala Resistance pula merujuk kepada siling atau halangan. Ia sangat penting dalam membantu trader untuk menganalisa pergerakan harga secara teknikal. S&R digunakan untuk menentukan paras harga sesuatu saham sama ada berpotensi untuk meneruskan aliran naik atau menurun.

Support merupakan suatu area level harga, di mana pada level tersebut DEMAND cukup besar untuk menahan turunnya harga (DEMAND > SUPPLY). Pada level ini, harga cenderung berhenti bergerak turun dan kemungkinan besar akan naik lagi. Secara mudah, support adalah level yang akan menahan pergerakan harga daripada bearish (turun). Disebabkan itu, ia dipanggil lantai.

Semasa berlaku pembetulan (Retracement, sekiranya harga menyentuh support, harga seperti memantul kembali ke atas. Jika support ini tertembus (Breakdown), maka harga akan jatuh sehingga wujudnya support level yang terbaru.

Manakala Resistance pula merupakan suatu area level harga di mana pada level tersebut, SUPPLY cukup besar untuk menghentikan naiknya harga (SUPPLY > DEMAND). Pada level ini, harga cenderung berhenti bergerak naik dan kemungkinan besar akan turun lagi. Secara mudah, resistance adalah level yang akan menahan pergerakan bullish (naik). Disebabkan itu, ia dipanggil siling.

Jika saham berjaya tembus resistance level (Breakout), harga akan naik hingga membentuk resistance yang baru sebelum berlaku Retracement (pembetulan) semula.

4 Langkah Untuk Tentukan Support & Resistance
Langkah 1: Tentukan time frame chart yang dikehendaki (5 min, 30 min, daily, weekly)
Langkah 2: Kenal pasti trend sama ada sedang menaik atau menurun
Langkah 3: Lihat dari kanan ke kiri, tentukan paras harga saham terendah dan tertinggi
Langkah 4: Lukis garis melintang di paras harga terendah dan tertinggi menggunakan platform anda

Nota tambahan: Bagi beginners, menentukan S&R agak rumit jika tidak biasa melihat chart, jadi untuk permulaan gunakan chart berbentuk ‘line chart’ terlebih dahulu. Letakkan garisan melintang di puncak atau hujung line chart tersebut. Kemudian, baru tukarkan semula kepada candlestick chart.

Line ChartCandlestick ChartSelain daripada garisan mendatar, Support & Resistance juga dapat dilukis dengan menggunakan garis miring (condong) seperti garisan trendline. Caranya seperti berikut:

Langkah 1: Cari dua (2) atau lebih titik tertinggi dan terendah
Langkah 2: Hubungkan dua (2) titik tertinggi atau terendah tersebut
Langkah 3: Panjangkan garisan miring menggunakan platform anda

Nota tambahan: Bagi beginners, menentukan s&r agak rumit jika tidak biasa melihat chart, jadi untuk permulaan gunakan chart berbentuk ‘line chart’ terlebih dahulu. Letakkan garisan miring di titik tertinggi atau terendah line chart tersebut. Kemudian, baru tukarkan semula kepada candlestick chart.

Line ChartCandlestick ChartKegunaan Support & Resistance
Apabila garis support dan resistance tersebut berulang kali disentuh tetapi ia masih tidak dapat ditembusi, ini bermakna support level atau resistance level saham tersebut sangat kuat. Jadi ia amat berguna untuk menentukan Entry Level (Buy) atau Exit Level (Sell) bagi mendapatkan keuntungan semaksima mungkin. Sebagai contoh, buy ketika market sudah tembus atau valid breakout terhadap resistance. Manakala sell ketika market sudah embus atau valid breakout terhadap support.

Selain daripada itu, Support dan Resistance yang terdekat juga amat berguna untuk dijadikan sebagai Stop Loss, sekaligus membantu untuk meminimakan kerugian.

Stop Loss